Monday, April 15, 2013

makhluk bernama DERITA...

DUKA, GUNDAH & SENGSARA itu tidak diminta,bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah dari segalanya.Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. ia boleh datang dalam pelbagai rupa. 

Apabila DUKA dan DERITA hadir, maka kita pon akan memanggil Tuhan siang dan malam..
Apabila kekecewaan memenuhi ruang , maka kita akan insaf bahawa kehidupan sentiasa juga memerlukan Tuhan.
maka, kita pon akur bahawa DUNIA BUKAN SEGALA.. 

Betapa ramai insan yang kembali mencari akhirat hanya bila mereka merasai KEPERITAN di dunia ini..
Betapa ramai yang mula mencari SYURGA dan merindui pertemuan dengan Allah disebabkan DERITA DUNIA yang dilaluinya.
Betapa ramai yang tidak sempat bercerita tentang keindahan syurgawi kerana disibukkan dengan kepalsuan duniawi...

banyak hikmah disebalik duka dan derita yang melanda kehidupan seseorang insan. 
ada kala, hidup yang dipenuhi suka dan ceria semata2 boleh melalaikan ramai manusia. 
mungkin juga menjadi kabur...

# SEMOGA KITA MENYEDARI AKAN DUNIA INI BUKANLAH SEGALANYA...
wallahualam...


Friday, April 12, 2013

Jom tingkatkan kadar Metabolisme.. kata nak slim.. ;)

Salam tahun 2013 semua...
hahaha... dah nak masuk pertengahan tahun,saya baru terhegeh-hegeh wish happy new year..
biasala.... bz memanjang.. bz ker???? (+___+)

hmmm.. seperti yang dijanjikan tahun lepas kita ada cakap cara-cara untuk meningkatkan kadar metabolisme kita... biasa la.... bagi golongan-golongan yang agak 'comel' ni kadar metabolisme dia agak rendah..

metabolisme ni secara ringkasnya JUMLAH TENAGA @ KALORI YANG TUBUH KITA BAKAR UNTUK KEKALKAN FUNGSI TUBUH la...ni yang kita nak ok...

 ok jom kita try.. kita yang berbadan besar ni pon boleh kurus jugak taw macam uols yang kat luar sana!! (cewahhh.. kata-kata semangat ni)...

1- MINUM AIR SECUKUPNYA
Minum air atleast 8gelas sehari... GELAS.... bukan CAWAN ok... bagi yang susah sangat nak minum air masak tu uols try la sebelum solat minum 1 gelas then selepas solat minum 1 gelas lagi... so setiap kali waktu solat dapat la minum 2 gelas...
                                          2gelas x 5kali waktu solat = 10gelas
kalau setiap kali waktu solat boleh minum setakat 1 gelas pon da kira ok... tapi setiap kali setengah jam ke boleh la dok minum setengok dua tegok air...terutama time waktu kerja.alaaaa... mesti boleh punya..

2-MINUMAN SEJUK
Ok...minuman berais ni pulak dapat menggalakkan badan bakar lebih kalori semasa penghadaman.. TAPI mesti la minum minuman yang takda campur gula... kalau nak ubah selera buat la limau ais... tapi jangan @ kurangkan pengambilan gula... minum air banyak ni bagus apa... kita kerap ke toilet.. kira exercise jugak la tu kan... hihi

3- MASAKAN PEDAS
ok... dok cerita pasal minum je jom kita cerita pasal makan pulak.. untung la sape yang minat makanan pedas ni.. sebab dmasakan pedas ni mengandungi 'capsaicin' yang boleh meningkatkan kadar metabolisme kita..

4- BERSENAM
Ha.. ni yang paling malas sekali den nak wat... bersenam.. hahaha... banyak kan berjalan... kalau selalu dekat tempat kerja guna lif apakata kita guna tangga pulak..sanggup dan tidak je la kan... hehe... but i will try.haa... takpon time free kita pergi window shopping... kira exercise jugak kan... tapi balik jangan dok singgah makan mcD plak.. hehe

okkk.. ni je la yang dapat kita senaraikan.. banyak lagi sebenarnya... contoh macam minum air teh dan  amalkan diet yang sihat.. sumber2 ni semua dapat dari EN google... try yang ni dulu ok.. yang paling penting lebihkan minum air mineral.. chaiyok2 ladies... ;p

Saturday, September 15, 2012

raya DAN gemokk..

Since raya badan ni memang mendadak beno naik nya...
sedih rasa bila sana sini orang cakap :
1) 'eh wawa badan kau dah naik la'....
2) 'eee... geramnya aku tengok badan ko...rasa nak picit2 je...' (tapi sambil tu picit jugak lengan and peha aku
     ni...sabo je la...)
3) 'wawa...bukan tadi ko dah makan nasi menimbun ke? ni ko makan roti lagi...kata nak kurus.'
     (tapi aku makan je habis kan roti aku tu dengan tak rasa serba salah langsung)...

tapi bila dah tersedar yang uniform aku ni semakin lama semakin 'kecik', sekarang baru lah tersedar yang aku ni dah gemok... segan nak upload gambar the latest... (*___+)

Sebenarnya dulu takde lah kuat makan pon.. betul.... ;p
tak tipu.... kalau lauk ikan tu kat rumah jangan harap lah aku nak sentuh...
tapi badan tetap naik jugak.. pelik la......

Dulu time study takde lah gemok macam ni...
lagi lah takde wat ape2 pon... habis class pi makan then balik rumah tidur...
kalau takde housemate ketuk pintu suruh bangun aku pon tidur je...

sekarang dah kerja lagi la banyak berjalan...tapi badan makin naik jugak...
bila semua orang cakap badan dah gemok untuk release tension aku makan banyak2 sebab geram semua cakap badan dah naik...
tapi sekarang saya mula sedar... kalau saya makan banyak, ini akan menyusahkan saya jugak di kelak hari...
(ayat skema)...

kawan2 yang kurus tu makan lagi banyak tau.. tapi badan kurus jugak..not fair ok!!!  ini mungkin metabolisme dia tinggi...
haaa... lepas ni aku nak list kan macam mana kite nak meningkatkan kadar metabolisme kite owkey...
bio badan2 kita semua boleh slim macam 'mereka' without any product... kita pon boleh kekal healthy jugak ape.. 
peace... (^___^)


Saturday, May 12, 2012

-uSah RaGu dEngaN tAkdiR-

Asslamualaikum blog yang amat-amat  aku rindui...
tujuan aku menulis entry bukan mahu membuka pekong didada...
hanya ingin meluahkan rasa yang selama ini aku pendamkan...

setelah sekian lamanya aku bertahan tak tertanggung lagi..
kalau lah hati aku ada "remote control" senang lah aku nak control...
tapi.. aku juga manusia biasa..

tak dinafikan kadang-kala aku seorang yang agak lurus bendul...
harus bagaimana lagi untuk aku berubah jika Dia telah menciptakan aku sebegitu..
berusaha untuk menjadi seorang yang sempurna dimata dunia..
tetapi gagal...
tak mengapa asalkan aku sempurna di mata-NYA...
mudah-mudahan...

Apa yang berlaku aku jadikan pengalaman dalam hidup aku sendiri..
supaya berhati-hati bila memberi cinta, kasih dan sayang..
tak semua yang boleh menerima kita seadanya...
maka carilah orang yang membuatkan kita sempurna di mata dia...
sesungguhnya itu lebih baik...

aku belajar atas pengalaman yang aku lalui sendiri...
terasa sakit bukan kepalang....
kalau di sukat kan airmata ni ada la jugak 1 gelas...
kuantiti yang agak banyak...
tapi aku gagah kan jugak hati ini untuk memujuk diri sendiri
dan cube mengukir senyuman...
hakikatnya hanya Dia saja yang tahu...

Saturday, May 5, 2012

tAnGisaN


 
Assalammualaikum...
sesungguhnya aku memang terasa amat bosan semasa menaip entry ni...
nak diluahkan takut mati emak.. nak di telan pula takut mati bapa...
so semua segala yang berlaku aku yang tanggung dan telan sendiri..
terasa macam nak pecah dada and jantung ni...

Bila mengenangkan tiap satu masalah dah tak termampu lagi...
berjurai airmata nak menahankan semua masalah..
tapi tu la pasal... berasa selamat bila semuanya aku simpan sendiri..

Dah berkali jugak cuba tahan air mata ni bila ada masalah...
tapi, tetap gugur jugak.. 
ini membuktikan bahawa aku juga manusia biasa...

Berusaha untuk simpan semua airmata tangisan buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yg telah melanda diri, segala dosa2 berupa bintik2 hitam yang telah menggelapkan hati sehingga sukar untuk terima hidayah daripada Allah...





Saturday, April 14, 2012

semua agama melarang kita melakukan kejahatan ok!!!!


semalam masa kerja saja borak-borak dengan sorang uncle cina ni...
ofcoz he is my patient....
bila dah berborak2 ntah macam mana termasuk topik soal agama ni...
seperti yang kita tawu bila masuk soal agama ianya memang amat sensitifkan...
nak2 orang kita berkomunikasi tu berlainan agama...
kadang2 ada jugak yang sampai memburukkan agama lain...

tapi...lain cerita plak bg kes ni...
amat kagum jugak dengan uncle ni.....
antaranya:

1) MAKAN BABI ITU HARAM
uncle tu cakap saya tawu makan babi tu bagi umat islam ianya haram....tapi umat islam kena makan jugak jika takde makanan lain yang boleh dimakan kat tempat tu...
TAPI... tak boleh makan sampai kenyang.... (pandai tak uncle ni???ini lah realitinya... )

2) PUASA
uncle tu cakap islam ni bagus... dia memperingati orang yang susah.. thats why la dia suruh kite puasa...
sebab nanti kita boleh merasa kesusahan orang lain.. yang tak  makan berhari2..

3) SEDEKAH
and the last one uncle tu cakap kita kena memberi sedikit apa yang kita ada... tak banyak takpe... yang penting HATI kena ikhlas...maybe uncle ni nak maksudkan dengan perkataan sedekah kot.. tapi dia tak tawu...hehe. then die cakap bila kita rajin memberi kita dapat lebih dari yang kita bagi sebenarnya...

***
dalam hati rasa nak suruh je uncle ni masok islam.. haha...
tapi amat berat tanggungjawab tu... kang dia plak yang ajo kite..
ok.. sekarang kita hormat agama kita dan agama yang lain...
yang penting semua agama melarang kita melakukan perkara yang jahat... ;)

Tuesday, February 21, 2012

Alat pengesan cinta dan jodoh.. ada jual tak??

Kalau ada alat pengesan cinta dan jodoh agak2 korang nak  beli tak?
kalau aku, aku nak beli...
mudah sikit aku tawu siapa orangnya...
jadi aku tak payah la nak bercinta dengan orang yang salah...
terus je pilih orang yang betul...
senangkan.. tak buang masa... tak buang air mata..
tapi tu semua khayalan je..
kalau ada aku  orang pertama akan beli...
sayangnya cinta yang kita lalui ni tak seperti
cerita dalam drama2 ni... semua ending best je...
sebab nya drama tu ditulis oleh scriptwriters...
tapi,
perjalanan cinta kita semua telah ditentukan oleh Allah..
jadi jika best ke tak best ke endingnya
bersyukurlah dengan percintaan kita...
bagi kawan2 yang ending nya mmg sedih
anggaplah kesedihan tu seperti hujan.....
walaupon lebat atau lama sekalipon pasti akan reda nya jua..


** nasihat tok diri sendri jugak... (*__*)