Salam tahun 2013 semua...
hahaha... dah nak masuk pertengahan tahun,saya baru terhegeh-hegeh wish happy new year..
biasala.... bz memanjang.. bz ker???? (+___+)
hmmm.. seperti yang dijanjikan tahun lepas kita ada cakap cara-cara untuk meningkatkan kadar metabolisme kita... biasa la.... bagi golongan-golongan yang agak
'comel' ni kadar metabolisme dia agak rendah..
metabolisme ni secara ringkasnya
JUMLAH TENAGA @ KALORI YANG TUBUH KITA BAKAR UNTUK KEKALKAN FUNGSI TUBUH la...ni yang kita nak ok...
ok jom kita try.. kita yang berbadan besar ni pon boleh kurus jugak taw macam uols yang kat luar sana!! (cewahhh.. kata-kata semangat ni)...
1- MINUM AIR SECUKUPNYA
Minum air atleast 8gelas sehari... GELAS.... bukan CAWAN ok... bagi yang susah sangat nak minum air masak tu uols try la sebelum solat minum 1 gelas then selepas solat minum 1 gelas lagi... so setiap kali waktu solat dapat la minum 2 gelas...
2gelas x 5kali waktu solat = 10gelas
kalau setiap kali waktu solat boleh minum setakat 1 gelas pon da kira ok... tapi setiap kali setengah jam ke boleh la dok minum setengok dua tegok air...terutama time waktu kerja.alaaaa... mesti boleh punya..
2-MINUMAN SEJUK
Ok...minuman berais ni pulak dapat menggalakkan badan bakar lebih kalori semasa penghadaman.. TAPI mesti la minum minuman yang takda campur gula... kalau nak ubah selera buat la limau ais... tapi jangan @ kurangkan pengambilan gula... minum air banyak ni bagus apa...
kita kerap ke toilet.. kira exercise jugak la tu kan... hihi
3- MASAKAN PEDAS
ok... dok cerita pasal minum je jom kita cerita pasal makan pulak.. untung la sape yang minat makanan pedas ni.. sebab dmasakan pedas ni mengandungi 'capsaicin' yang boleh meningkatkan kadar metabolisme kita..
4- BERSENAM
Ha.. ni yang paling malas sekali den nak wat... bersenam.. hahaha... banyak kan berjalan... kalau selalu dekat tempat kerja guna lif apakata kita guna tangga pulak..sanggup dan tidak je la kan... hehe... but i will try.haa... takpon time free kita pergi window shopping... kira exercise jugak kan... tapi balik jangan dok singgah makan mcD plak.. hehe
okkk.. ni je la yang dapat kita senaraikan.. banyak lagi sebenarnya... contoh macam minum air teh dan amalkan diet yang sihat.. sumber2 ni semua dapat dari EN google... try yang ni dulu ok.. yang paling penting lebihkan minum air mineral.. chaiyok2 ladies... ;p