Saturday, May 12, 2012

-uSah RaGu dEngaN tAkdiR-

Asslamualaikum blog yang amat-amat  aku rindui...
tujuan aku menulis entry bukan mahu membuka pekong didada...
hanya ingin meluahkan rasa yang selama ini aku pendamkan...

setelah sekian lamanya aku bertahan tak tertanggung lagi..
kalau lah hati aku ada "remote control" senang lah aku nak control...
tapi.. aku juga manusia biasa..

tak dinafikan kadang-kala aku seorang yang agak lurus bendul...
harus bagaimana lagi untuk aku berubah jika Dia telah menciptakan aku sebegitu..
berusaha untuk menjadi seorang yang sempurna dimata dunia..
tetapi gagal...
tak mengapa asalkan aku sempurna di mata-NYA...
mudah-mudahan...

Apa yang berlaku aku jadikan pengalaman dalam hidup aku sendiri..
supaya berhati-hati bila memberi cinta, kasih dan sayang..
tak semua yang boleh menerima kita seadanya...
maka carilah orang yang membuatkan kita sempurna di mata dia...
sesungguhnya itu lebih baik...

aku belajar atas pengalaman yang aku lalui sendiri...
terasa sakit bukan kepalang....
kalau di sukat kan airmata ni ada la jugak 1 gelas...
kuantiti yang agak banyak...
tapi aku gagah kan jugak hati ini untuk memujuk diri sendiri
dan cube mengukir senyuman...
hakikatnya hanya Dia saja yang tahu...

Saturday, May 5, 2012

tAnGisaN


 
Assalammualaikum...
sesungguhnya aku memang terasa amat bosan semasa menaip entry ni...
nak diluahkan takut mati emak.. nak di telan pula takut mati bapa...
so semua segala yang berlaku aku yang tanggung dan telan sendiri..
terasa macam nak pecah dada and jantung ni...

Bila mengenangkan tiap satu masalah dah tak termampu lagi...
berjurai airmata nak menahankan semua masalah..
tapi tu la pasal... berasa selamat bila semuanya aku simpan sendiri..

Dah berkali jugak cuba tahan air mata ni bila ada masalah...
tapi, tetap gugur jugak.. 
ini membuktikan bahawa aku juga manusia biasa...

Berusaha untuk simpan semua airmata tangisan buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yg telah melanda diri, segala dosa2 berupa bintik2 hitam yang telah menggelapkan hati sehingga sukar untuk terima hidayah daripada Allah...